MUKMIN YANG KUAT

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ : قاَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ، وَفِي كُلَ خَيْرٌ . احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللهِ، وَلاَ تَعْجِزْ. وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلاَ تَقُلْ: لَوْ أَنَّي فَعَلْتُ كان كذا و كذا لم يُصبني كذا، وَلَكِنْ قُلْ:قَدَرُ اللهِ، 
وَماَ شاَءَ فَعَلَ، فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَ
 Maksudnya: Sabda Rasulullah S.A.W: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disayangi oleh Allah dari orang mukmin yang lemah. Pada kedua-duanya terdapat kebaikan. Capailah bersungguh-sungguh apa yang berguna bagimu, mohonlah pertolongan Allah dan janganlah kamu merasa lemah, sekiranya kamu ditimpa keburukan janganlah kamu berkata: “ Seandainya tadi aku berbuat begini dan begitu, nescaya tidak akan menjadi begini dan begitu.” Tetapi hendaklah kamu berkata : “Ini takdir Allah dan apa yang dikehendakiNya pasti akan dilaksanakanNya”, kerana sesungguhnya ungkapan kataseandainyaakan membukakan jalan bagi godaan syaitan.
                                                                     (Riwayat Muslim) 

HURAIAN HADIS :
Hadis diatas menerangkan bahawa Allah lebih suka mukmin yang kuat berbanding mukmin yang
lemah.Oleh itu, seseorang mukmin perlulah berusaha melakukan perkara-perkara yang berfaedah  
tanpa jemu di samping tidak lupa untuk memohon perlindungan daripada ALLAH.

Selain itu juga, hadis di atas menerangkan bahawa seseorang mukmin yang ditimpa masalah tidak 
boleh menyesal dan membantah qada' dan qadar yang ditentukan oleh Allah terhadapnya. Hal ini 
kerana ketidakyakinan terhadap ketentuan ALLAH menyebabkan seseorang itu terdedah kepada 
hasutan syaitan.

Comments

Popular posts from this blog

JU’ALAH

MUDARABAH

PERANAN MAHKAMAH SYARIAH DALAM PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: PERMASALAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN

CONTOH KERJA KURSUS BAHASA ARAB PENGGAL 3 2015

Sebuah Kehidupan

PANDANGAN PERTAMA MENGENAINYA

BENAR, TAPI SALAH~

|| JANJI, AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB |

ISU PERLAKSANAAN HIWALAH DALAM KAD KREDIT