BENAR, TAPI SALAH~

Benar,
Setiap orang pernah melakukan kesalahan.
Tetapi salah jika kita tidak pernah cuba membetulkannya
dan masih mengulanginya.

Benar,
Cinta itu suci dan fitrah bagi manusia.
Tetapi salah jika cinta itu bukan untuk Allah
Tapi bagi tujuan maksiat.

Benar,
Tidak menutup aurat tidak bermakna anda jahat.
Tetapi salah, kerana sejauh mana kebaikan anda,
Syariat Allah tidak anda jaga.


Benar,
Kubur itu asing-asing
Tidak perlu menjaga hal orang lain.
Tetapi salah, kerana kita semuanya bersaudara
dan menjadi tanggungjawab seorang saudara
untuk membimbing saudaranya ke syurga.

Benar,
Kehidupan dan masa depan di tangan Allah.
Tetapi salah, jika kita hanya menyerahkan kepada
takdir dan tidak berusaha untuk mengubahnya.

Benar,
Kita hanyalah insan biasa
yang pengetahuan agamanya tidak sebanyak mana.
Tetapi salah, jika kita tidak menyahut seruanNya,
"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, (sifat kamu) kamu menyuruh dengan ma'ruf dan melarang dari yang mungkar...."

SEMOGA DALAM KEHIDUPAN INI KITA SENTIASA DIPANDU DENGAN TAUFIQ DAN HIDAYAH ALLAH. INSYAALLAH ^_^
~syahir manaf~


Comments

Popular posts from this blog

MUDARABAH

PERANAN MAHKAMAH SYARIAH DALAM PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: PERMASALAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN

ISU PERLAKSANAAN HIWALAH DALAM KAD KREDIT

JU’ALAH

PERBANDINGAN PRINSIP ASAS UNDANG-UNDANG TANAH ISLAM ANTARA KITAB AL-AHKAM SULTANIYYAH DAN MAJALLAH AL AHKAM AL ADLIYYAH

CONTOH KERJA KURSUS BAHASA ARAB PENGGAL 3 2015

CONTOH KERJA KURSUS USULUDDIN PENGGAL 3 STPM 2015

DULU DAN KINI JAUH BEZANYA