Sebuah Kehidupan

kehidupan itu penuh dengan suka dan dukanya.
ada insan yang bertemu dengan insan lain tanpa diduga dan diminta 
namun setiap pertemuan itu memberi seribu satu hikmah disebaliknya.

aku meminta sebuah persahabatan yang lebih baik 
namun aku dikelilingi sebuah masyarakat yang memerlukan aku utnuk membimbing mereka.
aku perlukan seorang pembimbing namun aku pula yang menjadi pembimbing kepada orang lain.

setiap hari aku lalui episod cerita yang berbeza.
setiap orang melakonkan watak yang berbeza.
setiap cerita dihiasi dengan pelbagai aksi yang menarik.
setiap watak membawa ideologi yang berbeza
namun dalam kekalutan melakonkan watak yang berbeza.

aku lihat ada insan yang berdiam tanpa melakonkannya.
dirinya seakan memerhati gerak geri rakannya.
didalam hatinya penuh dengan semangat persahabatan.
namun dalam persahabatan itu dialah insan yang banyak bersabar 
melayan kerenah sahabatnya.
tatkala dirinya dihina,direndahkan oleh sahabatnya
di hatinya masih mendoakan kebaikan sahabatnya,
namun semua itu tidak di ketahui sahabatnya.

dirinya memiliki semangat yang tinggi untuk melihat sahabat-sahabatnya berjaya.
namun ada sahabatnya cuba menjatuhkannya demi kepentingan mereka.
semua itu dihadapinya dengan tenang kerana disisinya adalah ALLAH sebagai peneman dirinya
tatkala semua insan pergi meninggalkannya ALLAH menjadi penghibur buat dirinya melalui munajatnya.
ALLAH lah dihatinya.menjadi kekuatan buat dirinya untuk terus mara kehadapan.

Comments

Popular posts from this blog

MUDARABAH

PERANAN MAHKAMAH SYARIAH DALAM PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: PERMASALAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN

JU’ALAH

ISU PERLAKSANAAN HIWALAH DALAM KAD KREDIT

PERBANDINGAN PRINSIP ASAS UNDANG-UNDANG TANAH ISLAM ANTARA KITAB AL-AHKAM SULTANIYYAH DAN MAJALLAH AL AHKAM AL ADLIYYAH

CONTOH KERJA KURSUS BAHASA ARAB PENGGAL 3 2015

CONTOH KERJA KURSUS USULUDDIN PENGGAL 3 STPM 2015

SEBUAH KEJUJURAN

DULU DAN KINI JAUH BEZANYA

|| JANJI, AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB |