DULU DAN KINI JAUH BEZANYA
ASSALAMMUALAIKUM
aku mulakan bicara aku dengan lafaz salam kepada semua...hari ini aku menulis bukanlah atas dasar untuk membandingkan yang dulu..ataupun yang sekarang..
cuma hasrat dihati aku menulis lakaran luahan ini adalah untuk aku menyatakan apa
yang terpendam dalam benak hatiku yang mungkin
apabila tidak diceritakan akan menjadi suatu penderitaan bagi diriku...
duduknya aku kini di sekolah yang asasnya dari ulama yang terkenal..
saat mula aku menjejakkan kaki aku ke sekolah ini hati sungguh terharu..
aku diterima dan dipanggil oleh Allah untuk menuntut di sini..
baiah solehah yang aku idamkan...subur tersemai di sini..
ihtilat yang aku nantikan....terpelihara dengan rapi..
aku terpesona dengan kemegahan sirna Islam yang subur di sini...
aku cuba melangkah demi langkah memperbaiki diriku..
aku mula mengambil segala hikmah yang terdapat disekolah ini..
hari demi hari..tahun demi tahun...keindahan kehidupan Islam mula terserap dan tersemai dalam diriku.
aku mendapat segala ciri kepimpinan untuk aku terus maju menuju ke dunia yang lebih mencabar..
sekolah ini jugalah..yang mendidik aku menjadi seorang imam yang baik dan disukai orang,
sekolah ini jugalah yang mendidik aku menjadi seorang pelajar yang perwatakan mutadayyin.
sekolah ini jugaah yang memberikan aku seribu satu warna dalam kehidupan
bagi aku mencorak kehidupanku mengikut acuan Islam yang sebenar..
aku dipimpin,diajar berpidato, dikahlayak ramai, aku diajar bertazkirah didepan 300 orang dan lebih..
bukan mudah tapi itulah tarbiah yang aku terima di sekolah ini....membimbing aku menjadi insan yang berani kehadapan.
NAMUN.....ITU DULU...KINI?
ceritanya Berbeza....saat usiaku dihujung untuk bersama dengan sekolah ini...aku ditampar dengan tamparan yang kuat..hati ku tersentak..dek kerana kepimpinan yang baru...
merombak segala dasar-dasar...tarbiah yang sudah lama diamalkan..namun kini mula dihapuskan..mula disenyapkan oleh kepimpinan baru pelajar..
aku bukan ingin membangkang tapi itulah yang aku lihat sekarang...mereka berkaliber.namun tidak pada tempatnya..kami inginkan ketua yang bersama kami membangunkan rohani kami...bukanlah yang ketua yang sentiasa ingin mencari kesalah kami..ingin mendenda kami setiap masa,
kami didenda,di hukum...semata-mata untuk sang ketua digelar berkepimpinan dihadapan guru-guru..
sekolah aku yang dulu tidak sama seperti sekarang...form 1-2 kian bercelaru apabila sistem tarbiah diganggu oleh tangan yang jahil...rosaklah ia....apabila f3..mula diberi mandat..form 4 seolah bekuasa mutlak....mudah untuk berkata itu dan ini tanpa sebarang pendapat dan pandangan dari senior f6 dan f5...hatta kepimpinan lama diabaikan...nasihatnya...apakah INI SEMUA?
f5 dan f6 ibarat mangsa yang dalam ketakutan...kerana sang pemangsa sedang memburu kesalahan yang akan dibuat oleh mangsanya...tolonglah kami hanya ada beberapa bulan sahaja di sekolah ini...jangan ganggu kami...bentuklah genarasi yang akan mewarnai sekolah ini.iaitu f1-f4...mereka lam lagi di sini............
hati ini merayu..agar janganlah musnahkan generasi dan sekolah yang penuh dengan sistem Tarbiah yang sempurna ini....jika ingin mengubah...UBAHLAH PELAJARNYA..BUKAN SISTEMNYA..PERMOHANAN DARI INSAN YANG MENGABDIKAN DIRI PADA ALLAH.
MAAF AKU BUKANLAH INGIN MEMBEZAKAN TAPI HAKIKATNYA ITULAH YANG SEBENARNYA..JANGANLAH SAMPAI SEKOLAH YANG KITA HARAPKAN MUSNAH DITANGAN KITA YANG JAHIL MENGEJAR JAWATAN DUNIA PUJIAN SEMENTARA SAHAJA...RENUNG-RENUNGKANLAH..
Comments
Post a Comment