WASIAT WAJIBAH
WASIAT WAJIBAH
MOHAMED SYAHIR BIN ABD MANAF
Hukum asal wasiat wajibah adalah
harus. Walau bagaimanapun sesuatu hukum yang harus pada asalnya akan menjadi
wajib setelah dikanunkan oleh pemerintah menjadi undang-undang. Di Negeri
Sembilan undang-undang berkaitan wasiat wajibah telah digubal dan diletakkan di
dalam seksyen 27 Enakmen Wasiat Orang Islam ( Negeri Sembilan) 2009 yang
menyatakan :
27.(1) Jika seseorang mati tanpa
membuat apa-apa wasiat kepada cucunya daripada anak lelakinya yang telah mati
terlebih dahulu daripadanya atau mati serentak dengannya , maka cucunya itu
berhak kepada satu pertiga daripada harta pusakanya dan , jika cucu itu diberi
kurang daripada satu pertiga , bahagiannya hendaklah disempurnakan mengikut
kadar wasiat wajibah yang diperuntukkan dibawah seksyen ini.
Oleh itu, menurut seksyen 27 Enakmen
Wasiat Orang Islam ( Negeri Sembilan) 2004 , kadar wasiat wajibah yang akan
diterima oleh cucu hendaklah setakat kadar dimana ayahnya berhak daripada harta
pusaka datuknya sekiranya diandaikan ayahnya itu meninggal selepas datuknya,
dengan syarat wasiat itu tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka si
mati.
Comments
Post a Comment