KEMANA KITA
Assalammualaikum ,
Hari ini berpeluang menulis sedikit untuk bacaan semua. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana telah memberikan nikmat yang banyak sehingga ke saat ini walaupun diri ini banyak kekurangannya di sana sini. syukur Alhamdulilah.
Tajuk di atas berkenaan kemana kita .ya Kemana kita hendak tuju sebenarnya dalam kehidupan ini, adalah sekadar berjaya di dunia semata-mata? adakah dengan hanya memiliki harta yang banyak semata-mata sahaja? apakah sebenarnya tujuan sebenar kita? kemana kita nak bawa diri kita sebanarnya. begitu banyak persoalan yang bermain di fikiran seseorang manusia.
Saya spesifikkan cerita ini kepada Mahasiswa seperti saya bagi memudahkan pemahaman kita kemana tujuan hidup seorang mahasiswa. Alhamdulillah saya juga seorang mahasiswa di salah satu universiti Awam di Malaysia. saya juga merasakan apa yang dirasa oleh seluruh mahasiswa alami dan hadapi. sebagai seorang mahasiswa sepatutnya mempunyai perancangan hidup yang lebih sistematik. hal ini kerana mahasiswa merujuk kepada seorang penuntut ilmu. apabila menuntut ilmu pasti mempunyai fikiran yang baik dan waras yang mampu merangka kehidupan sendiri.
Namun sejauh mana seorang mahasiswa itu merangka kehidupan mereka berlandaskan Islam. kebanyakan mahasiswa terlalu leka akan keseronokan yang sementara yang akhirnya membawa kemudaratan kepada diri mereka sendiri. TERDAPAT juga segelintir mahasiswa yang tidak mengendahkan larangan yang ditetapkan oleh AGAMA ISLAM..memikirkan kepuasan semata-mata tanpa batasan.
Bagi saya tidak salah untuk berhibur ..namun sekadarnya sahaja....kejayaan seorang mahasiswa itu akan terhasil dan dikecapi apabila kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat. isi lah masa yang ada ini dengan melakukan perkara yang boleh dan mampu membentuk softskill seorang mahasiswa supaya dapat memberi manfaat kepada masyarakat luar apabila telah mengengam segulung sijil kelak nanti. bukan lah hanya mengharapakan bantuan masyarakat luar apabila telah mengengam segulung sijil kelak.
KEMANA KITA?
jawapannya. bawalah diri kita kemana sahaja yang kita mahu. namun perlulah berlandaskan Islam yang sebenar. perkuatkanlah diri dengan selalu menjaga hubungan dengan Allah. kerana Allah adalah tempat segala punca kuasa yang kita perlukan. andai saat diri terasa jauh..kembalilah kepada Allah. dirikanlah solat dengan sempurna lima waktu sehari semalam. bacalah Al-quran dan menghayati kalam yang indah dengan penuh penghayatan...sebarkanlah kebaikan kemana sahaja kamu semua berada. insyaallah diri kamu akan dibimbing dengan kebaikan..
sekadar perkongsian. semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
ke dunia yang abadi
ReplyDeletehati hati
ReplyDelete