Posts

Showing posts from 2015

WARKAH CINTAKU

Image
hari ini aku menulis warkah ini untuk kekasihku, hati ini hanya engkau pemiliknya YA ALLAH, AKU hanya insan yang penuh pengharapan kepadaMU, YA ALLAH, pandanglah aku dengan pandanganMU, YA ALLAH, peliharalah diriku ini dari penggawasanMU, YA ALLAH, janganlah engkau mengabaikan diriku ini walau sesaat cuma, HATI INI hanya untukmu YA ALLAH, YA ALLAH, manusia itu penuh dengan tipu dayanya, YA ALLAH, diriku ini lemah YA ALLAH, aku tidak takut pada manusia, kerana aku tahu engkau pemilik HATI MEREKA YA ALLAH, YA ALLAH, hati ini sentiasa berubah-ubah engkau tetapkanlah HATIKU ini YA ALLAH, tetap dalam IMAN KEPADAMU YA ALLAH, aku cuma MENGADU PADAMU YA ALLAH, KERANA AKU TAHU, engkau MAHA MENDENGAR, manusia itu apabila kita semakin meminta padanya, manusia itu akan marah pada kita, NAMUN ENGKAU YA ALLAH, disaat hambaMU terus menerus meminta padamu, ENGKAU BERTAMBAH KASIH PADANYA, YA ALLAH, AKU RINDU PADAMU, JANGANLAH ENGKAU PADAMKAN KERINDUAN KU INI YA ALLAH, PANDUL...

BENAR, TAPI SALAH~

Image
Benar, Setiap orang pernah melakukan kesalahan. Tetapi  salah jika kita tidak pernah cuba membetulkannya dan masih mengulanginya. Benar, Cinta itu suci dan fitrah bagi manusia. Tetapi  salah jika cinta itu bukan untuk Allah Tapi bagi tujuan maksiat . Benar, Tidak menutup aurat tidak bermakna anda jahat. Tetapi  salah, kerana sejauh mana kebaikan anda, Syariat Allah tidak anda jaga. Benar, Kubur itu asing-asing Tidak perlu menjaga hal orang lain. Tetapi  salah, kerana kita semuanya bersaudara dan menjadi tanggungjawab seorang saudara untuk membimbing saudaranya ke syurga. Benar, Kehidupan dan masa depan di tangan Allah. Tetapi  salah, jika kita hanya menyerahkan kepada takdir dan tidak berusaha untuk mengubahnya. Benar, Kita hanyalah insan biasa yang pengetahuan agamanya tidak sebanyak mana. Tetapi  salah, jika kita tidak menyahut seruanNya, "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untu...

SEBUAH KEJUJURAN

Aku mulakan tinta ini dengan ucapan selamat bertemu.. Aku berbicara tentang dunia, dunia aku yang aku sedang lalui, Kini saat berada diatas meninggalkan yang lain, Aku mula mencari ketabahan untuk mengekalkannya, Aku juga mengharapkan persahabatan yang aku terima adalah keikhlasan dari seorang sahabt, Aku bersahabat tidak kira siapa dia, namun yang penting sejauhmana dirinya ingin bersama diriku saat aku memerlukannya, Aku ikhlas untuk membantu bagi mereka yang memerlukan semangat, kini saat aku memerlukan pertolongan, baru aku kenal siapa kawan,sahabat, dan rakan, Aku tidak mahu kita berlumba mengejar dunia yang fana, Aku cuma mahu kita bersama-sama mengejar akhirat yang abadi seterusnya diikuti pula dunia dibelkangnya, Kata pujangga" DUNIA IBARAT TUNGGANGAN, AKHIRAT TEMPAT PERSINGGAHAN YANG ABADI" WAHAI SAHABAT JUJURLAH DALAM SEBUAH PERSAHABATAN AKU SELALU MENDOAKAN KALIAN WALAU DIMANA AKU BERADA... SEMOGA SAHABAT2 YANG MENGENALI AKU BERJAYA DALAM KEHIDUPAN K...

DULU DAN KINI JAUH BEZANYA

ASSALAMMUALAIKUM aku mulakan bicara aku dengan lafaz salam kepada semua...hari ini aku menulis bukanlah atas dasar untuk membandingkan yang dulu..ataupun yang sekarang.. cuma hasrat dihati aku menulis lakaran luahan ini adalah untuk aku menyatakan apa  yang terpendam dalam benak hatiku yang mungkin apabila tidak diceritakan akan menjadi suatu penderitaan bagi diriku... duduknya aku kini di sekolah yang asasnya dari ulama yang terkenal.. saat mula aku menjejakkan kaki aku ke sekolah ini hati sungguh terharu.. aku diterima dan dipanggil oleh Allah untuk menuntut di sini.. baiah solehah yang aku idamkan...subur tersemai di sini.. ihtilat yang aku nantikan....terpelihara dengan rapi.. aku terpesona dengan kemegahan sirna Islam yang subur di sini... aku cuba melangkah demi langkah memperbaiki diriku.. aku mula mengambil segala hikmah yang terdapat disekolah ini.. hari demi hari..tahun demi tahun...keindahan kehidupan Islam mula terserap dan tersemai dalam...

CONTOH KERJA KURSUS BAHASA ARAB PENGGAL 3 2015

" contoh objektif kajian"  ٢.١- أهداف البحث يهدف هذا البحث إلى الكشف عن الأهداف الآتية: التعرف على فعل الأمر في سورة البقرة. . ۱ البحث عن فعل الأمر الموجودة في سورة البقرة. . ۲         تحديد الوزن الصرفي في فعل الأمر  من سورة البقرة. . ۳ tajuk   bagi fe'el amar.

PANDANGAN PERTAMA MENGENAINYA

Image
PERTAMA kali aku melihatnya, hati mulai berputik rindu kian menyinar hati semakin memanggilnya di setiap sudut, dialah BIDADARI yang dicari selamanya, setiap hari aku bersemangat kerananya, kerjaku kian laju tiap kali hadirnya disisi reputasiku kian meningkat kerana kerja yang bersungguh sungguh dia menyinari setiap hidupku, setiap hari cintanya menjadi tagihanku, diri ini meronta-ronta menantikan hadirnya, rakan disekeliling sudah berpunya, namun diri belum diterima dan masih meminta, didalam doaku tiap kali selesai solat, ku sebut adakah dialah yang terbaik untukku dan masa depanku,agamaku, jika itu yang terbaik kau hadirlah rasa cintaku kepadanya, jika tidak kau jauhilah rasa cintaku daripadanya, Mungkin doaku dimakbulkan, kini saat aku memandangnya, hati ini tidak terdetik untuk merasa sesuatu perasaan cinta pun, yang hadir hanya perasaan benci akan tingkah laku aku yang terlalu kejarkan dunia dan wanita, sehingga lupa akan cinta yang SEJATI, sehingga k...

MUKMIN YANG KUAT

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ : قاَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ، وَفِي كُلَ خَيْرٌ . احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللهِ، وَلاَ تَعْجِزْ. وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلاَ تَقُلْ: لَوْ أَنَّي فَعَلْتُ كان كذا و كذا لم يُصبني كذا، وَلَكِنْ قُلْ:قَدَرُ اللهِ،  وَماَ شاَءَ فَعَلَ، فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَ  Maksudnya:  “ Sabda Rasulullah S.A.W: “ Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disayangi oleh Allah dari orang mukmin yang lemah . Pada kedua-duanya terdapat kebaikan . Capailah bersungguh-sungguh apa yang berguna bagimu , mohonlah pertolongan Allah dan janganlah kamu merasa lemah , sekiranya kamu ditimpa keburukan janganlah kamu berkata : “ Seandainya tadi aku berbuat begini dan begitu , nescaya tidak akan menjadi begini dan begitu .” Tetapi hendaklah kamu berkata : “ Ini...

CONTOH KERJA KURSUS USULUDDIN PENGGAL 3 STPM 2015

pada semester 3 di program persediaan universiti para pelajar yang mengambil jurusan USULUDDIN diminta menghasilkan kerja kursus berdasarkan kepada dua tema : 1.tema kesenian 2.tema i'jaz al-quran. kerja kursus tersebut perlulah dilaksanakan tanpa sebarang unsur plagiat. Disamping itu, para pelajar diminta menghasilkan kerja kursus yang terdiri daripada 2000-2500 patah perkataan. contoh tajuk TEMA : KESENIAN 1.kesenian khat 2.kesenian nasyid 3.dan sebagainya yang berkaitan kesenian contoh tajuk TEMA : I'JAZ AL-QURAN, 1. kisah nabi yusuf didalam AL-quran suatu pengajaran. 2.kisah nabi musa dan nabi khidir di dalam AL-quran suatu pengajaran. 3.dan sebagainya yang berkaitan i'jaz al-quran. CONTOH : PEMBINAAN TAJUK ISU: KISAH NABI MUSA DAN NABI KHIDIR DI DALAM AL-QURAN SUATU PENGAJARAN. MASALAH : SEJAUHMANAKAH KISAH NABI MUSA A.S DAN NABI KHIDIR MENJADI IKHTIBAR KEPADA PELAJAR . MAAF ANDAI TERSALAH..SEKADAR MENULIS

Sebuah Kehidupan

kehidupan itu penuh dengan suka dan dukanya. ada insan yang bertemu dengan insan lain tanpa diduga dan diminta  namun setiap pertemuan itu memberi seribu satu hikmah disebaliknya. aku meminta sebuah persahabatan yang lebih baik  namun aku dikelilingi sebuah masyarakat yang memerlukan aku utnuk membimbing mereka. aku perlukan seorang pembimbing namun aku pula yang menjadi pembimbing kepada orang lain. setiap hari aku lalui episod cerita yang berbeza. setiap orang melakonkan watak yang berbeza. setiap cerita dihiasi dengan pelbagai aksi yang menarik. setiap watak membawa ideologi yang berbeza namun dalam kekalutan melakonkan watak yang berbeza. aku lihat ada insan yang berdiam tanpa melakonkannya. dirinya seakan memerhati gerak geri rakannya. didalam hatinya penuh dengan semangat persahabatan. namun dalam persahabatan itu dialah insan yang banyak bersabar  melayan kerenah sahabatnya. tatkala dirinya dihina,direndahkan oleh sahabatnya ...