Posts

Showing posts from March, 2019

PERBANDINGAN PRINSIP ASAS UNDANG-UNDANG TANAH ISLAM ANTARA KITAB AL-AHKAM SULTANIYYAH DAN MAJALLAH AL AHKAM AL ADLIYYAH

PERBANDINGAN PRINSIP ASAS UNDANG-UNDANG TANAH ISLAM ANTARA KITAB AL-AHKAM SULTANIYYAH DAN MAJALLAH AL AHKAM AL ADLIYYAH MOHAMED SYAHIR BIN ABD MANAF A158392 MUHAMMAD HAZIQ BIN MASHUDI A161693 ABSTRAK Terdapat beberapa konsep undang -undang tanah Islam dalam kedua kitab ini yang sama dari sudut konsep tetapi berlaku sedikit perbezaan dari sudut pengaplikasian, Antara objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perbandingan prinsip asas undang-undang tanah Islam antara kitab Al-Ahkam Sultaniyyah dan juga kitab Majallah Al-Ahkam Al-Adliyyah sama ada wujud banyak persamaan ataupun perbezaan. Oleh itu, hasil dapatan daripada kajian ini ialah terdapat banyak perbezaan prinsip asas undang undang tanah Islam dalam kedua-dua kitab tersebut. Selain itu, terdapat persamaan dalam menggunakan konsep, tetapi perlaksanaan terhadap konsep tersebut berbeza mengikut pandangan masing-masing. Disamping itu juga, ternyata kitab Al-Ahkam Sultaniyyah oleh Al-Mawardi merungkaikan prinsip asas un...

WASIAT WAJIBAH

WASIAT WAJIBAH MOHAMED SYAHIR BIN ABD MANAF Wasiat wajibah bermaksud sebahagian daripada harta pusaka datuk atau nenek yang telah meninggal tersebut diberikan kepada cucu yang telah kematian bapa sebelum datuk atau nenek tersebut meninggal ataupun ketiga-tiga mereka ini telah meninggal secara serentak. Wasiat wajibah ini amat berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka. Ini bermakna sekiranya berlaku situasi di atas maka wasiat wajibah perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum harta tersebut boleh dibahagi-bahagikan kepada waris lain mengikut hukum faraid. Setakat ini undang-undang berkaitan peruntukan wasiat wajibah hanya menetapkan cucu daripada anak lelaki sahaja atau perempuan yang berhak untuk mewarisi harta datuk atau nenek secara wasiat.             Hukum asal wasiat wajibah adalah harus. Walau bagaimanapun sesuatu hukum yang harus pada asalnya akan menjadi wajib setelah dikanunkan oleh pemerintah menjadi undan...