Posts

Showing posts from February, 2017

KEMANA KITA

Image
Assalammualaikum , Hari ini berpeluang menulis sedikit untuk bacaan semua. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana telah memberikan nikmat yang banyak sehingga ke saat ini walaupun diri ini banyak kekurangannya di sana sini. syukur Alhamdulilah. Tajuk di atas berkenaan kemana kita .ya Kemana kita hendak tuju sebenarnya dalam kehidupan ini, adalah sekadar berjaya di dunia semata-mata? adakah dengan hanya memiliki harta yang banyak semata-mata sahaja? apakah sebenarnya tujuan sebenar kita? kemana kita nak bawa diri kita sebanarnya. begitu banyak persoalan yang bermain di fikiran seseorang manusia. Saya spesifikkan cerita ini kepada Mahasiswa seperti saya bagi memudahkan pemahaman kita kemana tujuan hidup seorang mahasiswa. Alhamdulillah saya juga seorang mahasiswa di salah satu universiti Awam di Malaysia. saya juga merasakan apa yang dirasa oleh seluruh mahasiswa alami dan hadapi. sebagai seorang mahasiswa sepatutnya mempunyai perancangan hidup yang lebih sistematik....